Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 30 December 2009

KEMBALI BERKONGSI

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi di bawah lindungan rahmat dan diberi kesempatan waktu untuk terus menghirup udara di bumi Allah dalam keadaan Islam masih menjadi pegangan dan keimanan kepada Yang Maha Esa. Lama kiranya tidak menarikan jemari di papan kekunci. Bukan malas hendak berfikir lantas membiarkan laman blog ini sunyi tanpa perkongsian namun kekadang kita ada komitmen lain yang menuntut diri bersamanya.

Setelah sekian lama tidak menulis, saya tidak pasti apa yang ingin dibicarakan namun saya harus berbicara sesuatu agar pembaca budiman tidak serik membuka blog tanpa pengisian. Kini usai sudah cuti semester di UPSI. Tiba detik baru yang perlu diisi dengan lebih usaha bagi mencapai misi.

Saya seringkali teringat detik ketika mana di bangku sekolah dahulu, apabila selepas cuti sekolah pasti cikgu Bahasa Melayu akan meminta kita menulis karangan tentang apa yang kita lakukan sepanjang cuti sekolah. Semasa itu rakan sekelas masing-masing siuk mengarang pengalaman masing-masing. Indah-indah belaka.. Begitu juga dengan saya di kala ini ingin berkongsi sedikit pengalaman cuti semester ini yang penuh agendanya.

Hujung tahun selalu di lingkari dengan walimatul urus. Saya telah menghadiri 4 walimatul urus dalam kalangan sahabat terdekat. Dari sekitar Kuala Lumpur, utara dan selatan. Panjang langkahnya namun digagahkan juga memenuhi undangan. Tahniah buat sahabat-sahabatku Hazwani, Nor Saadah, Kak Shahida dan Aminah Maimunah Rahmah  serta pasangan masing-masing yang telah selangkah mengikuti sunnah Rasulmu.

Dalam tempoh bercuti tidak kurang juga menambah makanan rohani namun hanya mampu memberi makanan melalui siaran televisyen. Saya ikuti rancangan Tanyalah Ustaz siaran TV9. Satu soalan yang menarik perhatian saya tapi saya tidak ingat nama ustaz tersebut. Hukum menghadiri walimatul urus. Bagaimana jika seseorang itu ingin berpuasa sunat tetapi dalam masa yang sama perlu menghadiri walimatul urus. Jawapan ustaz, hukum menghadiri walimatul urus adalah wajib atas jemputan. Jika kita telah tahu bahawa ada jemputan pada hari tersebut, eloklah menghadirinya dan bagi menjaga hati tuan rumah, jadi kita tidak perlu berpuasa. Berpuasa adalah sunat manakala menghadiri walimatul urus adalah wajib. Tapi, jika kita tetap ingin berpuasa, boleh meneruskannya dan tetap hadiri walimah tetapi tak perlulah untuk menjamu selera. Apa-apa pun terpulang pada individu.

Cantik Islam yang dicipta Allah untuk umat sehingga akhir zaman namun bagaimana kita berusaha untuk menjadi umat Islam yang terbaik? Persoalannya terletak pada diri. Bagaimana menghiasi diri dengan amalan-amalan bagi menambah pahala.

Banyak lagi aktiviti yang diisi namun saya akan ceritakan dari semasa ke semasa… Jaga diri jaga iman…

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.