Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…
Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah.. Hampir 2 minggu berlalu.. Tahniah Nor dan Abg. Fadzil… Selamat menempuhi alam baharu.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.
Alhamdulillah telah sampai seru mereka. Moga Allah mengikat tali kasih sayang yang terbina hingga ke syurga. Moga peroleh zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjadikan agama Allah yakni Islam ini semakin menguasai dunia..
First wedding in my family…
Merpati 2 sejoli
Tiada lafaz yang lebih mulia melainkan Alhamdulillah. Syukur kerana majlis yang dijalankan berjalan dengan lancar walau terdapat sedikit kekalutan. Tak sangka diriku menitiskan air mata tika selesai akad di bacakan. InsyaAllah diriku akan melaluinya juga satu hari nanti.. Ameen.
Namun, perubahan juga turut berlaku dalam keluargaku di mana kini kami adik beradik perlu sesuaikan diri dengan keadaan di mana syariat Islam mesti dilaksanakan.
1. Aurat mesti menjadi tunjang perlindungan
2. Adab harus lebih dijaga
Walau apapun jua, Islam itu bukan menyusahkan namun ia memberi ketenteraman kepada sesiapa jua… Semoga majlis di Perlis berjalan dengan lancar… Ameen…
p/s : Buat Nor dan abg. Fadzil… Kat bawah ni ada tip buat suami isteri. moga dapat dijadikan amalan.. huhu…
Buat isteri….
- Patuh dan taat kepada suami yang soleh
- Menguruskan rumah tangga
- Berhias untuk suami
- Melayani suami
- Berpakaian menurut ajaran Islam
- Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
- Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
- Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
- Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
- Sentiasa menghormati keluarga suami .
- Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
- Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
- Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
- Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
- Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
- Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
- Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
- Bersikap malu terhadap suami
Buat suami…
- Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri.
- Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
- Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
- Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.
- Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
- Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
- Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT.
- Menjaga hati dan perasaan isteri.
- Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
- Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan.
- Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
- Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
- Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
- Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.
Ya Allah…
Engkau telah mentakdirnya pertemuan mereka…
Bahagiakan kehidupan mereka…
Sebagaimana Engkau bahagiakan Junjungan Mulia Muhammad dan Saidatina Khadijah…
Hiasi kehidupan mereka dengan zuriat tercinta…
Moga terus mekar di hati mereka…
Kasih sayang hingga ke syurga…
Ameen…


Recent Comments