Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 11 February 2010

DENDANGAN RASA…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mencari sekelumit rasa

Namun belum tentu kita akan berjumpa

Mencari sekelumit rindu

Pasti i ia perlukan penantian di muka pintu

Begitulah apa yang tercipta

Pergi datangnya sentiasa ada

Mahabbah di sanubari tidak mungkin terhenti

Ya Allah

Bila mulut tidak lagi mampu berbicara

Bila suara semakin sepi tanpa kata

Bila lidah semakin kelu dengan apa yang di rasa

Bila jemari tiada kuasa menarikan pena

Bila jemari puas menekan aksara

Bila mata semakin jemu dengan tatapan

Bila telinga cemburu mendengar bisikan

Bila hati memendam rasa

Bila kita tiada kuasa

Bila nafsu menjadi raja

Bila syaitan semakin bertakhta

Namun

Semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa

Semuanya atas usaha hamba Pencipta

Semuanya perlukan kekuatan jiwa

Semuanya perlukan adanya makanan rohani

Semuanya perlukan sokongan peribadi

Semuanya berakhir bila yang lahir adalah realiti

Semuanya adalah langkah kehidupan

Perlu kuat bersama ujian

Perlu istiqamah dalam perjuangan

Perlu penuhi segala impian

Perlu tunaikan janji dan harapan

Perlu usaha meneruskan jalan

Perlu doa sebagai bekalan

Perlu tawakal untuk penyerahan

Moga impian menjadi kenyataan

Dengarlah coretan rasa

Dendangkan lagu yang sama

Agar tiada menjadi duka

Agar yang indah penawar lara

Agar kebersamaan itu akan milik kita

Kerana kita bukan kekal selamanya

Esok lusa bukan milik kita

Keindahan sementara itu ujian Pencipta

Untuk membina bahtera di nun singgahsana

Kekal abadi selamanya

Kekal abadi selamanya….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Responses

  1. Salam Ziarah Kak Lela ku syg….

    Pa khabar Kakak ku ni??? semoga hari2 yg mendatang membawa angin kegembiraan di atas setiap apa jua bentuk dugaan yg diturunkan,.. KErana Kasih sayangNya kepada kita hambaNya tak pena malap… selagi mana kita meyakini keEsaanNya dan sentiasa renew our syahadah… InsyaAllah…

    • Salam Yani.. Ameen Ya Allah…
      Diriku Alhamdulillah sihat. Ku kirimkan juga moga dirimu adikku yang ku sayangi terus kekal ceria bersama dugaan kehidupan… Akak akan hadir mencarimu seketika nanti.. heheh… Rajin2la ziarah walaupun kekadang tiada entry terbaru… Semoga diriku terus thabat dalam menulis…

      “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali…”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.