Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…
Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah nikmat Islam dan Iman itu masih teguh di sisi. Tiada yang dapat memberi ketenangan melainkan petunjuk dariNya yang sering membimbingku untuk mencari makna kehidupan. Kehidupan di dunia ini hanya pinjaman yang menuntut kita menuai budi agar hasil yang diperolehi menjadi bekalan di tempat yang lebih hakiki.
Saya ini berkongsi sedikit istilah ilmu psikologi mengenai konsep tindakan personaliti yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Id merupakan situasi di mana kita melakukan sesuatu mengikut kehendak naluri demi kepentingan diri. Segala apa yang dilakukan tidak perlu memikirkan sama ada baik dan yang buruk. Ego berlaku ketika mana manusia melakukan sesuatu itu dengan menimbangkan baik dan buruk mengikut pengalaman yang pernah dilaluinya dan mungkin akan menolak mahupun menggunakan tipu belah bagi mengawal keinginan id manakala super ego pula berlaku apabila seseorang itu berupaya menghalang tingkahlakunya daripada melakukan sesuatu yang melanggar nilai masyarakat dengan mengikut sebahagian hati kecil yang mahukan kebaikan menjalar dalam dirinya. Ketiga-tiga konsep ini sebenarnya dekat dengan diri manusia. Manusia mempunyai naluri untuk melakukan apa yang diingini. Manusia mempunyai pengalaman sebagai panduan tindakan. Kita ada norma masyarakat dan panduan Al-Quran sebagai ikutan. Walau bagaimanapun, keseimbangan perlu diwujudkan pada setiap tingkah laku agar kita melakukan sesuatu secara terkawal dan berfikir dengan sebaiknya.
Sehubungan dengan itu, kita kini bagaikan dilanda gelombang tindakan yang lebih menjurus kepada zaman kegelapan. Ini sekadar luahan rasa, namun atas dorongan rakan sebilikku, Nur Shafiqa, kami berkongsi rasa atas berita yang cukup meruntun hati bernama manusia. Baru sahaja kita dikejutkan berita beberapa hari yang lepas tentang kanak-kanak mati di dera. Hari ini kita pula dikejutkan dengan berita kategori yang sama iaitu bayi 18 bulan meninggal dunia akibat dipijak. Astaghfirullah…
Begitu murah nyawa yang sebenarnya mahal nilainya. Begitu mudah nyawa itu hilang. Lahirnya bayi itu di sambut dengan tangisan. Perginya juga bersama tangisan namun tiada siapa yang mengerti seksanya diri si bayi menghadapi sakaratul maut. Alhamdulillah adik bayi ini pergi dalam keadaan bersih tanpa dosa. Kita??? Menghadapi kemodenan kini seakan-akan kita semakin menghampiri zaman jahiliah. Saban hari di dada akhbar ada sahaja santapan minda yang sungguh menakutkan. Bingung saya memikirkan trend perubahan akhlak ini. Di mana silapnya ilmu keagamaan yang di curah ustazah dalam sistem pendidikan?? Ke mana perginya ilmu yang di tuntut di sekolah selama 12 tahun? Ke mana hilangnya pemikiran manusia yang allah berikan sememangnya mempunyai akal bagi membezakan yang baik dan yang buruk??
Walau apapun persoalan yang dilontarkan, kita sebenar tidak dapat lari dari hukum alam. Yang baik di balas baik. Yang buruk di balas buruk.
Wajah suci itu, Mahu dihargai dihormati,
Bukan di perlakukan seperti manusia yang tiada akal,
Wajah suci itu, Mahu teruskan kehidupan,
Bagi menegakkan agama Allah,
Wajah suci itu, Mahu tuntut pembelaan,
Tunggulah pembalasan dari Tuhan…
Sejauh mana sedihnya kita dengan apa yang berlaku, sejauh itu jugalah usaha yang perlu kita garapkan. Bagaimana memurnikan semula akhlak yang ada kini. Semuanya bermula dengan satu. Allah Yang Maha Esa. Kita sentiasa diperhatikan… Tidak perlu CCTV bagi mengawal gerak geri anda Allah sentiasa di hati. Tidak perlu mahkamah tinggi andai Allah sebagai permehati diri… Tanyalah diri sejauh mana kita ingin menapak pergi…..

alhamdulillah..pengisian rohani yang amat baik…slps bc ni…baru sedar…kita makin menuju kehancuran…akhlak masyarakat makin runtuh…siapa silap dlm hal ni…mak ayah, cikgu, kita sendiri….troskan pjuangan penulis..menyedarkan mana2 yg terbuai…..mimipi indah…
By: jimma on 28 April 2010
at 10:39 PM
Salam…… jimma dan azima orang yang sama kan…………. hehehe… Mana yang baik, dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan… Letakkan Allah di dasar hati moga apa yang dilakukan menjadi buah syurgawi di akhirat nanti.. Sejak dilahirkan, malaikat kiri dan kanan tidak henti mencatat… Maka, sedarlah kita bahawa kita tidak mungkin lari dari dunia yang Allah ciptakan cukup sempurna bagi manusia yang mahu berfikir… Boleh nak buat kejahatan tapi di tempat yang Allah tak nampak.. Wallahu’alam…
By: NORLELA BINTI BUANG on 29 April 2010
at 6:35 AM