Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 9 August 2010

BILA PUTARAN MASA BUKAN DI TANGAN MANUSIA…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah rupanya saya masih lagi bernafas di muka bumi Allah dengan nikmat iman dan Islam. Tiada lafaz yang lebih mulia melainkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi dalam sedar mahupun tidak. Tiada juga kegembiraan yang terungkap melainkan diri ini dapat melakukan yang terbaik demi Islam tercinta.

Sungguh lama dibiarkan blog yang dicipta ditinggalkan sepi tanpa ada madah atau idea yang diluahkan.. Sedar mahupun tidak sudah lebih 3 bulan. Sekalung kemaafan atas segala kekurangan diri yang adakalanya kurang istiqamah dalam penulisan. Astaghfirullah al’azim…

Sahabatku yang dirahmati Allah…

Banyak yang telah saya lalui sepanjang 3 bulan menyepi tanpa sentuhan penulisan. Menghadapi manusia yang tidak pernah memahami naluri muslimah Islam sangat memeritkan. Biar saya menerima cemuhan namun saya masih belum kuat menghadapinya sendirian. “Open Minded” adakalanya menyesakkan fikiran kerana kita mahu memasuki Islam secara total namun selalu ia dikaitkan dengan “kolot”. Tidak kira siapa pun yang menghalang, saya harus kuat dan berpegang teguh pada prinsip diri. Apabila kita mencari redha Allah dengan kemurkaan pada manusia, itu lebih baik daripada kita mencari redha manusia dengan kemurkaan Allah. InsyaAllah satu hari nanti akan terbina juga daulah Islamiyyah yang telah pudar di masa ini.

Apabila putaran masa bukan pada tangan manusia, maka Bulan Ramadhan akan menjengah tiba seketika nanti. Terasa cepat masa berlalu. Adakah masa yang kita ada sebelum ini cukup mengumpul sebanyak pahala  yang termampu atau sekarang membiarkan pahala yang ada semakin berkurang akibat dosa yang kita lakukan. Bulan Ramadhan bulan keinsafan? Saya terdengar ungkapan ini pada corong radio. Adakah semasa bulan ramadhan sahaja kita perlu insaf? Saya tidak bersetuju dengan ungkapan ini kerana ia menunjukkan bahawa kita boleh melakukan sewenang-wenangkan selain di bulan Ramadhan. Di mana pun kita berada kita tetap berada di bumi ciptaan Allah yang indah jika dinikmati dengan jalan Islam. Dengan itu bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan medan untuk kita teruskan usaha melatih diri menjadi ringan tulang, ringan tangan, ringan tubuh dalam melakukan amal kebajikan yang menjanjikan ganjaran pahala dan syurga. Madrasah Ramadhan sangat dinantikan oleh hamba yang soleh dan solehah kerana belum tentu mereka sentiasa takut tidak ketemui bulan ini pada masa akan datang. Moga kita sama-sama dalam golongan tersebut.

Sahabatku yang di kasihi,

Ramadhan semakin menghampiri. Adakah kita bersedia mengorbankan masa kita demi pahala?? Adakah kita masih mahu menjadikan Ramadhan sebagai masa menikmati pelbagai juadah yang ada setahun sekali?? Adakah kita masih menjadikan dunia yang utama atau pahala sebagai bekalan di syurga?? Renung-renungkan buat diri yang hina.. Kita bukan siapa-siapa di mana Allah melainkan kita berusaha mencari redhaNya.

Ya Allah… Jika ini adalah yang terakhir bagiku, Kau bantulah hambaMu ini melawan nafsu yang ada dalam diri ini. Jika ini yang termampu, jadikanlah kami istiqamah dalam apa juga amalan kami walaupun sedikit. Jauhkan kami dari penyakit hati seperti riak, hasad, sombong, takabbur dan iri dalam urusan kami. Jadikan lidah kami tidak tajam sampai mampu menikam hati orang lain. Jadikan hati kami lembut kepada kebaikan. Lembut untuk berbakti hanya keranaMu. Ya Allah, kurniakan kami cahaya dari setiap penjuru kehidupan kami. Cahaya hidayah daripadaMu. Ameen…

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 27 April 2010

JANGAH MENGELUH DUHAI MANUSIA…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

~~~
>>JANGAN MENGELUH ………..
>>Kita selalu Bertanya…. ……… …….dan Al-Quran sudah menjawabnya. ……… …….

>>
>>KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
>>-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
>>
>>KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
>>- Surah
>> Al-Baqarah ayat 216
>>
>>KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ”
>>- Surah Al-Baqarah ayat 286
>>
>>KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
>>- Surah Al-Imran ayat 139
>>
>>KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,
>> kamu berjaya (mencapai kemenangan). ”
>>
>>KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
>>- Surah Al-Baqarah ayat 45
>>
>>KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
>>- Surah At-Taubah ayat 111
>>
>>KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ”
>>- Surah At-Taubah ayat 129
>>
>>KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
>>
>>QURAN MENJAWAB
>>”… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
>> Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
>>- Surah Yusuf ayat 12
>>
>>
>>Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran
>>
>>Sekian, Terima Kasih

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 4 March 2010

ID, EGO @ SUPER EGO

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah nikmat Islam dan Iman itu masih teguh di sisi. Tiada yang dapat memberi ketenangan melainkan petunjuk dariNya yang sering membimbingku untuk mencari makna kehidupan. Kehidupan di dunia ini hanya pinjaman yang menuntut kita menuai budi agar hasil yang diperolehi menjadi bekalan di tempat yang lebih hakiki.

Saya ini berkongsi sedikit istilah ilmu psikologi mengenai konsep tindakan personaliti yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Id merupakan situasi di mana kita melakukan sesuatu mengikut kehendak naluri demi kepentingan diri. Segala apa yang dilakukan tidak perlu memikirkan sama ada baik dan yang buruk. Ego berlaku ketika mana manusia melakukan sesuatu itu dengan menimbangkan baik dan buruk mengikut pengalaman yang pernah dilaluinya dan mungkin akan menolak mahupun menggunakan tipu belah bagi mengawal keinginan id manakala super ego pula berlaku apabila seseorang itu berupaya menghalang tingkahlakunya daripada melakukan sesuatu yang melanggar nilai masyarakat dengan mengikut sebahagian hati kecil yang mahukan kebaikan menjalar dalam dirinya. Ketiga-tiga konsep ini sebenarnya dekat dengan diri manusia. Manusia mempunyai naluri untuk melakukan apa yang diingini. Manusia mempunyai pengalaman sebagai panduan tindakan. Kita ada norma masyarakat dan panduan Al-Quran sebagai ikutan. Walau bagaimanapun, keseimbangan perlu diwujudkan pada setiap tingkah laku agar kita melakukan sesuatu secara terkawal dan berfikir dengan sebaiknya.

Sehubungan dengan itu, kita kini bagaikan dilanda gelombang tindakan yang lebih menjurus kepada zaman kegelapan. Ini sekadar luahan rasa, namun atas dorongan rakan sebilikku, Nur Shafiqa, kami berkongsi rasa atas berita yang cukup meruntun hati bernama manusia. Baru sahaja kita dikejutkan berita beberapa hari yang lepas tentang kanak-kanak mati di dera. Hari ini kita pula dikejutkan dengan berita kategori yang sama iaitu bayi 18 bulan meninggal dunia akibat dipijak. Astaghfirullah…

Begitu murah nyawa yang sebenarnya mahal nilainya. Begitu mudah nyawa itu hilang. Lahirnya bayi itu di sambut dengan tangisan. Perginya juga bersama tangisan namun tiada siapa yang mengerti seksanya diri si bayi menghadapi sakaratul maut. Alhamdulillah adik bayi ini pergi dalam keadaan bersih tanpa dosa. Kita??? Menghadapi kemodenan kini seakan-akan kita semakin menghampiri zaman jahiliah. Saban hari di dada akhbar ada sahaja santapan minda yang sungguh menakutkan. Bingung saya memikirkan trend perubahan akhlak ini. Di mana silapnya ilmu keagamaan yang di curah ustazah dalam sistem pendidikan?? Ke mana perginya ilmu yang di tuntut di sekolah selama 12 tahun? Ke mana hilangnya pemikiran manusia yang allah berikan sememangnya mempunyai akal bagi membezakan yang baik dan yang buruk??

Walau apapun persoalan yang dilontarkan, kita sebenar tidak dapat lari dari hukum alam. Yang baik di balas baik. Yang buruk di balas buruk.

Wajah suci itu, Mahu dihargai dihormati,

Bukan di perlakukan seperti manusia yang tiada akal,

Wajah suci itu, Mahu teruskan kehidupan,

Bagi menegakkan agama Allah,

Wajah suci itu, Mahu tuntut pembelaan,

Tunggulah pembalasan dari Tuhan…

Sejauh mana sedihnya kita dengan apa yang berlaku, sejauh itu jugalah usaha yang perlu kita garapkan. Bagaimana memurnikan semula akhlak yang ada kini. Semuanya bermula dengan satu. Allah Yang Maha Esa. Kita sentiasa diperhatikan… Tidak perlu CCTV bagi mengawal gerak geri anda Allah sentiasa di hati. Tidak perlu mahkamah tinggi andai Allah sebagai permehati diri… Tanyalah diri sejauh mana kita ingin menapak pergi…..

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 11 February 2010

DENDANGAN RASA…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Mencari sekelumit rasa

Namun belum tentu kita akan berjumpa

Mencari sekelumit rindu

Pasti i ia perlukan penantian di muka pintu

Begitulah apa yang tercipta

Pergi datangnya sentiasa ada

Mahabbah di sanubari tidak mungkin terhenti

Ya Allah

Bila mulut tidak lagi mampu berbicara

Bila suara semakin sepi tanpa kata

Bila lidah semakin kelu dengan apa yang di rasa

Bila jemari tiada kuasa menarikan pena

Bila jemari puas menekan aksara

Bila mata semakin jemu dengan tatapan

Bila telinga cemburu mendengar bisikan

Bila hati memendam rasa

Bila kita tiada kuasa

Bila nafsu menjadi raja

Bila syaitan semakin bertakhta

Namun

Semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa

Semuanya atas usaha hamba Pencipta

Semuanya perlukan kekuatan jiwa

Semuanya perlukan adanya makanan rohani

Semuanya perlukan sokongan peribadi

Semuanya berakhir bila yang lahir adalah realiti

Semuanya adalah langkah kehidupan

Perlu kuat bersama ujian

Perlu istiqamah dalam perjuangan

Perlu penuhi segala impian

Perlu tunaikan janji dan harapan

Perlu usaha meneruskan jalan

Perlu doa sebagai bekalan

Perlu tawakal untuk penyerahan

Moga impian menjadi kenyataan

Dengarlah coretan rasa

Dendangkan lagu yang sama

Agar tiada menjadi duka

Agar yang indah penawar lara

Agar kebersamaan itu akan milik kita

Kerana kita bukan kekal selamanya

Esok lusa bukan milik kita

Keindahan sementara itu ujian Pencipta

Untuk membina bahtera di nun singgahsana

Kekal abadi selamanya

Kekal abadi selamanya….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 10 February 2010

ALHAMDULILLAH BERMULA EPISOD BARU

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah.. Hampir 2 minggu berlalu.. Tahniah Nor dan Abg. Fadzil… Selamat menempuhi alam baharu.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.
Alhamdulillah telah sampai seru mereka. Moga Allah mengikat tali kasih sayang yang terbina hingga ke syurga. Moga peroleh zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjadikan agama Allah yakni Islam ini semakin menguasai dunia..
First wedding in my family…
Merpati 2 sejoli
Tiada lafaz yang lebih mulia melainkan Alhamdulillah. Syukur kerana majlis yang dijalankan berjalan dengan lancar walau terdapat sedikit kekalutan. Tak sangka diriku menitiskan air mata tika selesai akad di bacakan. InsyaAllah diriku akan melaluinya juga satu hari nanti.. Ameen.
Namun, perubahan juga turut berlaku dalam keluargaku di mana kini kami adik beradik perlu sesuaikan diri dengan keadaan di mana syariat Islam mesti dilaksanakan.
1. Aurat mesti menjadi tunjang perlindungan
2. Adab harus lebih dijaga
Walau apapun jua, Islam itu bukan menyusahkan namun ia memberi ketenteraman kepada sesiapa jua… Semoga majlis di Perlis berjalan dengan lancar… Ameen…
p/s :  Buat Nor dan abg. Fadzil… Kat bawah ni ada tip buat suami isteri. moga dapat dijadikan amalan.. huhu…
Buat isteri….
  • Patuh dan taat kepada suami yang soleh
  • Menguruskan rumah tangga
  • Berhias untuk suami
  • Melayani suami
  • Berpakaian menurut ajaran Islam
  • Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
  • Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Bersikap malu terhadap suami

Buat suami…

  • Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri.
  • Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
  • Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
  • Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.
  • Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
  • Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
  • Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT.
  • Menjaga hati dan perasaan isteri.
  • Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
  • Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan.
  • Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
  • Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
  • Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
  • Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

Ya Allah…

Engkau telah mentakdirnya pertemuan mereka…

Bahagiakan kehidupan mereka…

Sebagaimana Engkau bahagiakan Junjungan Mulia Muhammad dan Saidatina Khadijah…

Hiasi kehidupan mereka dengan zuriat tercinta…

Moga terus mekar di hati mereka…

Kasih sayang hingga ke syurga…

Ameen…

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 31 January 2010

MATA HATI 3

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam.  (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 30 December 2009

DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.” (Surah Ali ‘Imran 3:8)

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 30 December 2009

MUTIARA YANG TIBA…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cuti semester yang lepas banyak masa dihabiskan dengan berziarah. Seronok dalam berukhuwah. Tatkala lupa ada yang mengingatkan. Tatkala salah ada yang menegur. Tatkala duka ada yang memberi sokongan. Tatkala suka ada yang meraikan. Hebatnya kuasa ukhuwah. Hebat lagi berukhuwah kerana Allah. Mungkin Allah telah menjadikan diri saya seperti sekarang ini. Pada siapa yag mengenali mungkin akan memahami bahawa saya sangat menghargai sebuah ukhuwah yang dibina dan tidak sesekali mudah meleraikannya…

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).

Saya telah meraikan sekaligus berkongsi kegembiraan dengan sahabat sekelas dahulu. Syahirah Hani Mohd Ali Alhamdulillah telah dikurniakan cahaya mata iaitu puteri sulungnya yan tercinta. Nur Wafa Qistina.. Hebat namanya moga anaknya juga sehebat namanya yang setia…

Teringat bulan lepas sebaik menerima mesej ringkas dan padat.. Thanks hani kerana sudi berkongsi kegembiraan.

“Alhamdulillah hani br je bersalin pukul 8.14pm. 2.58kg. baby girl. normal”… Mesej diterima pada 0035:40 10 november 2009

Dibalas… “Salam.. Alhamdulillah… Tahniah bt hani dan keluarga.. Berikan nama yang terbaik supaya kita dapat tunaikan hak anak.. Semoga anakmu kelak menjadi anak yang solehah dan cemerlang sahsiah, pendidikan dan agamanya sebagai pewaris rantaian sunnah Rasulullah.. Ameen”

Bulatnya mata anak umi lela ni.. Nur Wafa Qistina

Bercerita mengenai hak-hak anak.. Saya ada membaca mengenai hak-hak anak dalam majalah solusi isu 9 muka surat 86. Antara kandungannya hak anak yang perlu dipenuhi adalah dengan memberi nama yang baik dan diberi pendidikan. Ada beberapa lagi tetapi saya perlu semak semula takut tersalah maklumat. Saya akan membuat penambahan bila majalah tu telah berada di tangan.

Alhamdulillah celik pun mata wafa… Ish3…Penat umi lela nak tunggu wafa buka mata.. hehe

Sebelum balik mestilah ada gambar kenangan… Jaga wafa molek2 ye.. huhuh

Tahniah juga buat pensyarah yang disayangi Puan Mazlina Che Mustafa atas kelahiran Imtinan Raihana pada 24 november 2009 yang lalu. Saya belum berkesempatan nak berziarah. hehe..

Alhamdulillah…

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 30 December 2009

KEMBALI BERKONGSI

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi di bawah lindungan rahmat dan diberi kesempatan waktu untuk terus menghirup udara di bumi Allah dalam keadaan Islam masih menjadi pegangan dan keimanan kepada Yang Maha Esa. Lama kiranya tidak menarikan jemari di papan kekunci. Bukan malas hendak berfikir lantas membiarkan laman blog ini sunyi tanpa perkongsian namun kekadang kita ada komitmen lain yang menuntut diri bersamanya.

Setelah sekian lama tidak menulis, saya tidak pasti apa yang ingin dibicarakan namun saya harus berbicara sesuatu agar pembaca budiman tidak serik membuka blog tanpa pengisian. Kini usai sudah cuti semester di UPSI. Tiba detik baru yang perlu diisi dengan lebih usaha bagi mencapai misi.

Saya seringkali teringat detik ketika mana di bangku sekolah dahulu, apabila selepas cuti sekolah pasti cikgu Bahasa Melayu akan meminta kita menulis karangan tentang apa yang kita lakukan sepanjang cuti sekolah. Semasa itu rakan sekelas masing-masing siuk mengarang pengalaman masing-masing. Indah-indah belaka.. Begitu juga dengan saya di kala ini ingin berkongsi sedikit pengalaman cuti semester ini yang penuh agendanya.

Hujung tahun selalu di lingkari dengan walimatul urus. Saya telah menghadiri 4 walimatul urus dalam kalangan sahabat terdekat. Dari sekitar Kuala Lumpur, utara dan selatan. Panjang langkahnya namun digagahkan juga memenuhi undangan. Tahniah buat sahabat-sahabatku Hazwani, Nor Saadah, Kak Shahida dan Aminah Maimunah Rahmah  serta pasangan masing-masing yang telah selangkah mengikuti sunnah Rasulmu.

Dalam tempoh bercuti tidak kurang juga menambah makanan rohani namun hanya mampu memberi makanan melalui siaran televisyen. Saya ikuti rancangan Tanyalah Ustaz siaran TV9. Satu soalan yang menarik perhatian saya tapi saya tidak ingat nama ustaz tersebut. Hukum menghadiri walimatul urus. Bagaimana jika seseorang itu ingin berpuasa sunat tetapi dalam masa yang sama perlu menghadiri walimatul urus. Jawapan ustaz, hukum menghadiri walimatul urus adalah wajib atas jemputan. Jika kita telah tahu bahawa ada jemputan pada hari tersebut, eloklah menghadirinya dan bagi menjaga hati tuan rumah, jadi kita tidak perlu berpuasa. Berpuasa adalah sunat manakala menghadiri walimatul urus adalah wajib. Tapi, jika kita tetap ingin berpuasa, boleh meneruskannya dan tetap hadiri walimah tetapi tak perlulah untuk menjamu selera. Apa-apa pun terpulang pada individu.

Cantik Islam yang dicipta Allah untuk umat sehingga akhir zaman namun bagaimana kita berusaha untuk menjadi umat Islam yang terbaik? Persoalannya terletak pada diri. Bagaimana menghiasi diri dengan amalan-amalan bagi menambah pahala.

Banyak lagi aktiviti yang diisi namun saya akan ceritakan dari semasa ke semasa… Jaga diri jaga iman…

Posted by: NORLELA BINTI BUANG | 3 November 2009

GURU BERKELULUSAN IJAZAH DIAMBIL AJAR PRASEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt…
Salam Sejahtera…

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Perkongsian Artikel Berita Harian 3 November 2009

Guru berkelulusan ijazah diambil ajar prasekolah

Oleh Sariha Mohd Ali, Syuhada Choo Abdullah dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my

KERAJAAN akan mengambil guru berkelulusan ijazah untuk mengajar prasekolah pada masa depan dalam usaha menyediakan guru terlatih bagi pendidikan awal kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kementerian Pelajaran turut mengambil langkah menyediakan guru berijazah untuk semua sekolah rendah bagi mendidik murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.Muhyiddin berkata, langkah menyediakan guru terlatih ini boleh mengurangkan masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di kalangan pelajar.

“Ini satu pendekatan yang kita percaya boleh mengubah situasi pendidikan dalam negara untuk meningkatkan kualiti pembelajaran prasekolah dan sekolah rendah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Berikutan itu, Muhyiddin berkata, pengusaha prasekolah swasta juga perlu mematuhi kualiti guru yang disediakan di institusi masing-masing.

Katanya, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa, termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap prasekolah sektor swasta bagi memastikan ia mematuhi dasar serta menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikuatkuasakan sejak 2003.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak berhasrat menyekat sebarang usaha penambahbaikan dilakukan pengusaha prasekolah swasta selagi ia tidak bercanggah dengan dasar,” katanya.

Menjawab kekeliruan Dr Tan mengenai perbezaan antara pendidikan prasekolah dan Permata Negara, Muhyiddin berkata, Permata Negara adalah program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mereka memasuki prasekolah.

“Projek contoh sudah dijalankan di beberapa tempat di seluruh negara dan hasilnya memang baik, malah kementerian akan mengembangkannya secara berperingkat.

“Ini satu lagi cabaran besar kepada kementerian menyediakan tenaga pengajar terlatih bagi membimbing anak yang masih kecil, bukan saja untuk prasekolah tetapi juga pendidikan awal kerana mereka memerlukan bimbingan khusus,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah menjadikan pendidikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah menetapkan prasekolah antara bidang keberhasilan utama Kementerian Pelajaran.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, strategi komprehensif dirancang, termasuk menambah baik kurikulum prasekolah dan cadangan 50 peratus waktu interaksi dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata, sebanyak 4,194 kelas prasekolah baru akan dibina menjelang 2012.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan meningkatkan 67 peratus penyertaan kanak-kanak berumur lima tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta tahun ini kepada 87 peratus menjelang 2012.

iluvislam8

Older Posts »

Categories